Wednesday, 22 July 2015

Punca-punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969

  • Dasar Pecah Dan Perintah Penjajah Inggeris 
  • Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun 
  •  Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Negara
  •  Pertelingkahan Parti Politik 
  •  Latar Belakang Pendidikan Yang Berbeza 
  • Perbezaan Agama Dan Budaya 
  •  Masalah Ekonomi 
  •  Persatuan-persatuan Etnik

Isu Perkauman Yang Mencetus Dalam Pilihan Raya 1969

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihanraya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada pparti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan, kedudukan isrimewa orang Melayu sebagai Bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya 1969 yang telah mengakibatkan Parti Perikatan hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Satu Sejarah Hitam Negara Yang Mencorak Kepelbagaian Tindakan Menyatupadukan Rakyat

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.