Thursday, 27 August 2015

KAMI YANG BUAT!

Disediakan oleh :

  1. NOOR AMYLIA BT MUHAMAT HAIRI(16DKA15F1059)
  2. NOR ANIS BINTI NORDIN (16DKA15F1051)
  3. NOR MAZLIANA BINTI SAFFIEE (16DKA15F1058)
  4. SITI AISHAH BINTI ABDULLAH (16DKA15F1056)

Wednesday, 26 August 2015

Kesimpulan

Ekoran dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh pihak penjajah dan dasar tidak menggalakan pencampuran antara kaum, telah tercetus masalah perkauman dalam negara. Kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969, misalnya merupakan kemuncak daripada tekanan perasaan yang dialami oleh setiap kaum, terutama akibat daripada tiadanya persefahaman, tolak ansur, dan kasih sayang.

Bagi merealisasikan integrasi nasional dan perbentukkan negara bangsa, maka kerajaan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut dan merangka dasar-dasar yang mampu menangani masalah tersebut. Dasar-dasar seperti Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diperkenalkan dan diuar-uarkan ke seluruh negara supaya prinsip-prinsipnya dapat dihayati oleh segenap rakyat tanpa mengira kaum.

Kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia merupakan satu anugerah Tuhan yang mempunyai hikmah di sebaliknya. Oleh itu, kepelbagaian yang dimiliki kini perlu dipelihara dan setiap kaum perlu mengambil peluang ini untuk mengenali diantara satu sama lain. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memahami dan mempelajari serta mengetahui hakikat kewujudan setiap kaum di Malaysia ini agar timbul persefahaman dan tolak ansur antara kaum. Setiap kaum perlu bersama membangunkan negara pada masa inidan masa akan datang dan menjadikan peristiwa lalu sebagai sempadan dan pengajaran untuk pembentukan negara bangsa Malaysia yang mantap dan "Tidak Rapuh Dimamah Zaman".

Rujukan Berkaitan 13 Mei

Tragedi 13 Mei 1969
www.slideshare.net/mobile/Nizam6281/tragedi-13-mei-1969

Peristiwa Berdarah
http://www.slideshare.net/farhanahisham/13-mei-1969-12566836

Malaysia Kamu
http://malaysiakamu.blogspot.com/2010/05/pengajaran-hakikat-peristiwa-13-mei.html

Buku Pengajian Malaysia Edisi Kelima ( OXFORD FAJAR)
mukasurat 332-342 Rusuhan Kaum 13 Mei 1969
Mardiana Nordin&Hasnah Hussin

PENGAJARAN/ KESAN PERISTIWA 13 MEI

Pengenalan peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya.

Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei. Selain itu, kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya.

Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini. Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British. Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

Antara Keratan Berkaitan 13 Mei 1969








PERISTIWA 13 MEI

Penyusunan Semula Politik


  • Apabila berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik mula menyedari betapa pentingnya bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum.
  • Barisan Nasional - lahir selepas kesedaran hadir untuk mengatasi masalah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969.
  1. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
  2. Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
  3. Kongres India Malaysia (MIC)
  4. Persatuan Cina Malaysia (MCA)
  5. 6 lagi parti politik
  • Tujuan Barisan Nasional dibentuk : ialah untuk mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan perlembagaan 1971.