Wednesday, 26 August 2015

Memperkenalkan Rukun Negara


  • Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan Rukun Negara untuk memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
  • Rukun Negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama.
  • Konsep rukun negara yang dibentuk oleh MAGERAN ini pada asasnya ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip yang telah pun wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia.
Antaranya ialah: 

  1.          Mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan seluruh masyarakat.
  2.          Memelihara cara hidup demokratik.
  3.          Mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat                        dinikmati bersama secara adil dan saksama.
  4.          Menjamin satu cara yang liberal terhadap terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai          corak.
  5.          Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi

No comments:

Post a Comment