- NOOR AMYLIA BT MUHAMAT HAIRI(16DKA15F1059)
- NOR ANIS BINTI NORDIN (16DKA15F1051)
- NOR MAZLIANA BINTI SAFFIEE (16DKA15F1058)
- SITI AISHAH BINTI ABDULLAH (16DKA15F1056)
Thursday, 27 August 2015
KAMI YANG BUAT!
Disediakan oleh :
Wednesday, 26 August 2015
Kesimpulan
Ekoran dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh pihak penjajah dan dasar tidak menggalakan pencampuran antara kaum, telah tercetus masalah perkauman dalam negara. Kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969, misalnya merupakan kemuncak daripada tekanan perasaan yang dialami oleh setiap kaum, terutama akibat daripada tiadanya persefahaman, tolak ansur, dan kasih sayang.
Bagi merealisasikan integrasi nasional dan perbentukkan negara bangsa, maka kerajaan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut dan merangka dasar-dasar yang mampu menangani masalah tersebut. Dasar-dasar seperti Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diperkenalkan dan diuar-uarkan ke seluruh negara supaya prinsip-prinsipnya dapat dihayati oleh segenap rakyat tanpa mengira kaum.
Kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia merupakan satu anugerah Tuhan yang mempunyai hikmah di sebaliknya. Oleh itu, kepelbagaian yang dimiliki kini perlu dipelihara dan setiap kaum perlu mengambil peluang ini untuk mengenali diantara satu sama lain. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memahami dan mempelajari serta mengetahui hakikat kewujudan setiap kaum di Malaysia ini agar timbul persefahaman dan tolak ansur antara kaum. Setiap kaum perlu bersama membangunkan negara pada masa inidan masa akan datang dan menjadikan peristiwa lalu sebagai sempadan dan pengajaran untuk pembentukan negara bangsa Malaysia yang mantap dan "Tidak Rapuh Dimamah Zaman".

Rujukan Berkaitan 13 Mei
Tragedi 13 Mei 1969
www.slideshare.net/mobile/Nizam6281/tragedi-13-mei-1969
Peristiwa Berdarah
http://www.slideshare.net/farhanahisham/13-mei-1969-12566836
Malaysia Kamu
http://malaysiakamu.blogspot.com/2010/05/pengajaran-hakikat-peristiwa-13-mei.html
Buku Pengajian Malaysia Edisi Kelima ( OXFORD FAJAR)
mukasurat 332-342 Rusuhan Kaum 13 Mei 1969
Mardiana Nordin&Hasnah Hussin

PENGAJARAN/ KESAN PERISTIWA 13 MEI
Pengenalan peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya.
Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei. Selain itu, kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya.
Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini. Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British. Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

Penyusunan Semula Politik
- Apabila berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik mula menyedari betapa pentingnya bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum.
- Barisan Nasional - lahir selepas kesedaran hadir untuk mengatasi masalah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969.
- Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
- Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
- Kongres India Malaysia (MIC)
- Persatuan Cina Malaysia (MCA)
- 6 lagi parti politik
- Tujuan Barisan Nasional dibentuk : ialah untuk mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan perlembagaan 1971.
Perbentukan Majlis Muhibah
- Majlis Muhibah ini telah ditubuhkan atas arahan daripada MAGERAN
- Majlis ini telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj. Ia diadakan di setiap peringkat iaitu di peringkat pusat, daerah negeri dan kawasan.
- Tujuan :
- Untuk memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan masyarakat Malaysia.
Memperkenalkan Rukun Negara
- Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan Rukun Negara untuk memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
- Rukun Negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama.
- Konsep rukun negara yang dibentuk oleh MAGERAN ini pada asasnya ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip yang telah pun wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia.
- Mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan seluruh masyarakat.
- Memelihara cara hidup demokratik.
- Mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
- Menjamin satu cara yang liberal terhadap terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak.
- Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi
Majlis Perundangan Negara Telah Dipengerusikan Oleh Tun Abdul Razak
Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada wakil-wakil:
- Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN
- Kerajaan-kerajaan negeri
- Parti-parti politik
- Sabah dan Sarawak
- Kumpulan-kumpulan Agama
- Badan-badan Profesional
- Perkhidmatan Awam
- Kesatuan Sekerja dan Pesatuan Majikan
- Wartawan
- Persatuan Guru-guru
- Kumpulan Minoriti
Menubuhkan Majlis Perundangan Negara
- Mula ditubuhkan pada Januari 1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia.
- Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia.
Fungsi Utama MAGERAN
- Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara.
- Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna.
- Mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di Malaysia.
Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
- MAGERAN diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu ialah Tun Abdul Razak.
- Turut menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G. T Sambatan, Dato' Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsudin, Tan Sri Mohd Salleh dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa.
Mengistiharkan Darurat
Kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 13 Mei 1969 di seluruh negara.
Tujuan diisytiharkan darurat:
- Untuk menenangkan keadaan yang tidak terkawal.
- Untuk memberi masa kepada pihak yang terlibat bertenang dan berfikir secara rasional tindakan mereka.
- Untuk cuba menghentikan kekacauan yang berlaku dalam masa yang singkat.
USAHA SEGERA YANG DILAKUKAN UNTUK MEMBENTUK PERPADUAN
- Pengisytiharan Darurat
- Penyusunan Semula Politik
- Pembentukan Majlis Muhibah
- Memperkenalkan Rukun Negara
- Menubuhkan Majlis Perundangan Negara
- Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
Latar Belakang Pendidikan Yang Berbeza
Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah
Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada 4 aliran mengikut kaum iaitu sekolah
Melayu, Cina, India dan Inggeris.
Keempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri.
Sekolah Melayu menekankan kemahiran bertulis, membaca dan mengira
sekadar keperluan peringkat rendah sahaja.
Manakala kurikulum Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan
negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru mengajar juga telah
dibawa dari Negeri China dan India.
4 keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik
yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh
orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.
Friday, 21 August 2015
Pertelingkahan Parti Politik
- Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (PETIR) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya. Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dengan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu. Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya serammai 9 orang.
- Bagaimanapun setelah Tunku membuat merisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam Perikatan, 5 maka PAP yang gagal menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu. Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini. Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpaduan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia" (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu bumiputera dihapuskan.
Thursday, 20 August 2015
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Negara
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas 10 tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk menggugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.
Untuk tujuan mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu. Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpin oleh Syed Nasir bin Ismail.

Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza.
Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan.
Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

Dasar Pecah Dan Perintah Penjajah Inggeris
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep 'Pecah Dan Perintah' merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.
Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.
Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.

Thursday, 6 August 2015
Wednesday, 22 July 2015
Punca-punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969
- Dasar Pecah Dan Perintah Penjajah Inggeris
- Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
- Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Negara
- Pertelingkahan Parti Politik
- Latar Belakang Pendidikan Yang Berbeza
- Perbezaan Agama Dan Budaya
- Masalah Ekonomi
- Persatuan-persatuan Etnik
Isu Perkauman Yang Mencetus Dalam Pilihan Raya 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihanraya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada pparti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan, kedudukan isrimewa orang Melayu sebagai Bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya 1969 yang telah mengakibatkan Parti Perikatan hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Satu Sejarah Hitam Negara Yang Mencorak Kepelbagaian Tindakan Menyatupadukan Rakyat
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)